Mukadimah sikit,
Blog
merupakan sebuah aplikasi dimana pada dasarnya merupakan sebahagian daripada laman sesawang yang boleh diakses secara
dalam talian yang memiliki fungsi utama untuk memuat naik gambar atau
tulisan-tulisan berkaitan aktiviti ataupun apa jua topik oleh pengguna blog
tersebut. Ia juga merupakan ruang untuk menyalurkan idea dan catatan harian
oleh seseorang. Selain itu, blog juga merupakan medium untuk para pengguna
menyalurkan maklumat-maklumat tertentu yang bermanfaat untuk digunakan oleh
para pembaca.
. ___________________________________________________________________________ .
Jadi, ini dia lima blog yang dipilih untuk 1st saimen. Hik
- Artilerinterpretasi
KELEBIHAN
- penulisan beliau kelihatan santai dan tidak terlalu bersifat memaksa dan menekan pembaca untuk tertarik dengan isi penulisan yang cuba disampaikan
- sentiasa memaparkan penulisan-penulisan yang berbentuk motivasi tentang hidup
- paparan blog yang tidak terlalu formal dan sentiasa menekankan elemen-elemen santai
KEKURANGAN
- gaya penulisannya hanya boleh difahami oleh sesetengah pembaca dan tidak pada semua golongan umur.
- template blog yang digunakan mungkin agak rumit untuk digunakan oleh sesetengah pembaca
HIASAN BLOG
- sangat menarik kerana penulis menggunakan elemen-elemen santai dan tidak terlalu formal
- sesuai untuk menjadi elemen tarikan pada pembaca blog untuk datang melawat blog beliau
2. Ini Semut
KELEBIHAN
- gaya penulisan yang digunakan bukan sahaja santai dan bersifat mesra pembaca, malah gaya penulisan beliau yang santai itu masih lagi bercorak ilmiah dan menekankan perkara-pekara positif ke dalam minda para pembaca.
- gaya penulisan juga sering diselitkan dengan sedikit sebanyak elemen-elemen lukisan untuk menarik lagi minat para pembaca.
KEKURANGAN
- gaya penulisannya yang terlalu berseloroh walaupun dilihat sebagai agak santai
HIASAN BLOG
- template yang digunakan terlalu simple tetapi masih kelihatan menarik dengan adanya elemen elemen positif dalam penulisan
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah blog beliau antara blog yang mendapat sambutan tertinggi oleh para pembaca blog.
3. Fynnjamal
Sesetengah indiviu ataupun
sesetengah peminat blog menganggap blog ini merupakan sebuah medium untuk
menunjukkan bakat samaada berkarya ataupun menyampaikan idea-idea baru tentang
sesuatu dengan cara menulis blog. Antara blog yang menarik perhatian saya adalah blog yang dikendalikan oleh penulis puisi terkenal, Fynn Jamal.
Blog beliau yang dikenali sebagai puisitepijalan.blogspot.com mampu mencatat jumlah
para pembaca yang tinggi.
KELEBIHAN
KELEBIHAN
- gaya penulisan beliau yang sering berunsurkan puisi, sajak dan pandangan tentang sesuatu isu yang baru menarik minat terutama para ramaja kini untuk membaca blog beliau.
- puisi dan sajak yang ditulis tidak bersifat terlalu berunsurkan bahasa-bahasa kiasan yang tinggi, tetapi ia lebih kepada bersifat telus kepada para pembaca.
- setiap isu yang cuba dibincangkan di dalam blog beliau juga merupakan isu-isu baru yang masih segar terutama dalam minda para pembaca blog yang masih remaja.
KEKURANGAN
- gaya penulisan yang terlalu berkias dan tidak dapat difahami oleh sesetengah pembaca
- warna blog yang tidak menarik perhatian sesetengah pembaca blog (yang suka akan warna terang)
HIASAN BLOG
- kelihatan simple dan tidak terlalu crowded dengan elemen-elemen yang tidak perlu
- gadjet-gadjet yang digunakan di dalam template menarik perhatian pembaca blog
4. Peliks
Selain daripada menjadikan blog
sebagai medium untuk berkongsi bakat dan pendapat, blog juga boleh dijadikan
sebagai medium untuk menulis tentang catatan aktiviti harian untuk dikongsi
mungkin bersama rakan-rakan, peminat atupun pembaca blog yang lain. Salah satu
blog yang juga menarik perhatian pengkaji adalah sebuah blog yang dikendalikan
oleh ikon remaja masa kini iaitu blog yang dikenali sebagai peliks.blogspot.com
yang dikenalikan oleh Maria Elena.
KELEBIHAN
KELEBIHAN
- gaya penulisannya yang bersifat telus dan sentiasa menekankan elemen-elemen kritikan yang bersifat positif tentang sesuatu isu itu menarik lagi para peminatnya untuk membaca blog beliau.
- beliau menjadikan blog beliau sebagai satu medium untuk mempromosikan produk di bawah jenama beliau sendiri di mata dunia.
- membuka minda para penulis blog lain untuk mengambil peluang menaikkan lagi taraf hidup dengan memulakan perniagaan dalam talian dengan menjadikan blog sebagai satu medium untuk berniaga.
KEKURANGAN
- bahasa blog yang digunakan bercampur antara bahasa inggeris dan melayu. Ini mungkin mengundang rasa tidak selesa oleh sesetengah pembaca blog
HIASAN BLOG
- tidak terlalu crowded dan masih kelihatan mesra pembaca dan santai
5. Sillhouette
KELEBIHAN
- yang sentiasa menekankan elemen-elemen matang dalam penulisannya.
- gaya penulisannya yang santai dan "menghidupkan" jiwa pembaca blog apabila membaca gaya penulisannya.
- hiasan blognya yang simple juga tidak menggangu para pembaca ketika membaca dan menghayati blog beliau.
KEKURANGAN
- gaya penulisan yang terlalu menggunakan unsur formal dan kiasan menjadikan sesetengah pembaca tidak faham tentang entry yang cuba disampaikan
HIASAN BLOG
- simple dan menarik disebabkan oleh tambahan elemne-elemen seperti "header" blog yang menarik dan cantik
. _____________________________________________________________________ .
Kesimpulannya, blog merupakan medium
untuk menulis dan menyampaikan segala isu dan idea-idea tentang sesuatu
perkara. Ianya terpulang kepada para penulis blog itu sendiri untuk menentukan
sama ada isi-isi blog tersebut dinilai sebagai input-input yang berguna ataupun
sebaliknya yang mampu dikecam leh segelintir pembaca blog yang lain. Kesemua blog di atas pada dasarnya adalah blog kegemaran saya. Tidak hairanlah jika unsur "kelebihan" dalam mengkritik itu jelas lebih banyak berbanding unsur "kekurangan" yang cuba untuk dikritik. Hik